Hai, pembaca bloggerku sihat ? Hm aku tak sihat sangat , ni haa tengah selesema and sakit tekak. Biasalah musim tak menetukan sekarang ? Sebenarnya bercadang nak buat tajuk '2016' but aku dah masuk asrama time tu. Hm biarlah >< Okay kembali ke tajuk asal kita !
Berubah .. kadang-kadang aku berasa pelik dekat manusia dekat BUMI ni ! Kenapa busuk hati sangat dekat orang yang nak berubah ? Bila someone tu pernah jadi jahil and then dia nak berubah. Dia buat kebaikkan, manusia diluar mengejek dia " kau tak payah tunjuk baik la ! Dasar talam dua muka ! " What the ?! Heh ! Biarlah dia nak berubah ! Ada kacau hidup kau ke ? Rasa terbakar ke bila tengok dia buat baik ? Huh, bila syaitan menguasai diri ia akan menjadi panas hati tengok orang buat baik !
Aku selalu jugak kena. Time tu form 2 aku memang nak sangat berubah bcs mak aku pernah tegur perangai aku yang entah ape ape sedangkan aku sekolah agama. Kawan-kawan lak kutuk kain singkat , sanggul tinggi and macam-macam lagi. Rutin harian kami diasrama selalunya malam jumaat tu akan ada Usrah untuk form 1&2. Lepas je perjumpaan tu, aku jumpa sorang senior ni bcs aku nak luahkan perasaan, aku nak berubah supaya dia boleh bimbing , bagi nasihat dekat aku ni. Menangis ah sepuas-puasnya dekat dia , cerita problem aku dekat dia. Lepas tu, dia bagi semangat , tip-tip and nasihat dekat aku. Hari demi hari aku cuba. Akhirnya ada sedikit perubahan, Alhamdulillah.
Dekat sebulan gak ah okay je dengan kawan. Tiba-tiba satu masalah datang. Dulu aku bersek-sek ( berpuak ) sek-sek semua cakap aku ni nasihat orang je lebih tapi, diri sendiri buat ! Cermin diri dulu sebelum tegur orang ! Kain singkat ! Maahad tak banjir lagi oi ! Gurauan kasar ! Sanggul tinggi ! Macam-macam lagi weh :'( Start tu aku terus give up dan taknak berubah !
Tapi, dengan izin Allah dia bagi aku ketakutan untuk lawan balik semua cacian tu. Aku mula dari awal balik. Berubah slow-slow. Kawan-kawan ,budak-budak bilik , semua bagi semangat dekat aku supaya takyah give up. Depa semua suruh aku move on. Aku rasa bersyukur sangat bcs ada orang nak kesian dekat aku.
Dalam bulan 3 macam tu, datang lagi masalah. Time tu aku balik bcs sakit. Seminggu gak ah dekat rumah. Okay, lepas balik ke asrama balik, sek-sek aku taknak bercakap , palau , selalu kena tinggal bila balik sekolah and macam-macam lagi diaorang buat. Dalam minggu aku baru balik tu jugak heboh aku ni barua ( hebohkan cerita/fitnah ) pasal salah satu sek-sek aku. Memang nangis tak henti-henti ah. Srs cakap memang gaduh besar dengan sek-sek aku ! Mencarut bagai. Memang geram gila ! Lepas kejadian tu memang aku sumpah taknak ada sek-sek ! Serik weh dari form 1 ada problem bcs ada sek-sek ! So, aku move on dengan cara kawan semua orang. Sampai sekarang ah okay dengan kawan-kawan cuma ada la gak gaduh tu pun cuma salah faham sikit takde ah teruk macam kisah dekat atas tu.
Sekarang ni aku bermasalah dengan orang luar yang suka mengutuk aku ! Well biasala manusia selalu buat kesilapan. Takdenya manusia yang perfect dekat dunia ni ! Apa sikit cakap aku macam ni " Hm memangla buat salah minta maaf lepastu buat balik " Biasala bro manusia tak pernah perfect ! Ape kata kau bagi aku ni kata-kata nasihat lagi bagus daripada perli bagai.
Bro, nak berubah bukan senang yaa. Ianya ada peringkatnya. Setiap perubahan tu Allah akan selitkan dengan dugaan. So, aku sedang berusaha nak perbaiki diri aku ni tolong jangan nak judge orang je tau ! Diri sendiri taknak berubah ! Don't judge a book by it's cover dude :* Setiap orang ada cara sendiri nak berubah, Cara aku, sambil menasihat orang aku tanam ayat itu dalam diri aku untuk ikutnya. Lepasni taknak ah dengar ayat ni " cermin diri tu dulu " tu dah memang cara aku. Sambil berdakwah sambil berubah. Part time gitu >< HAGAGAGA :* Alhamdulillah dengan berkat kesabaran aku dan banyak dugaan yang Allah bagi sepanjang 2 tahun dekaat Maahad, dan perubahan sedikit demi sedikit. Tahun 2016 ni aku diberi amanah sebagai BADIK ( Badan dakwah , ibadah & kepimpinan ) semoga dengan pelantikan ini aku dapat mengubah diri dan saudara aku dekat luar sana :') Inshaa Allah solat terjaga , al-quran 30 juzuk , tak marah-marah , anak yang solehah untuk ummi dan abah aku ;) Aamin ya Allah :* doakan tau untuk aku !
Hm tu jee kot, kepada sesiapa yang baca take a note dude* and jangan terasa tau ! Just nak share kisah perjalanan perubahan aku ! Lepasni mulakan a new life :* Sebelum mengakhiri tajuk ni nak bagi gambar. Bye , Assalamualaikum.
Waaahhh...good sharing haz! In Shaa Allah we can do this! No worries..
ReplyDeleteEh ! Thanks aishah :) In Shaa Allah :') Aamiinn ..
ReplyDeleteEh ! Thanks aishah :) In Shaa Allah :') Aamiinn ..
ReplyDelete