Online Diary Online Diary ♥: March 2016

Wednesday, 16 March 2016

Manusia :):


Assalamualaikum ,

Sud'uzonlah ..
Hinalah ..
Cacilah ..
Mengumpatlah ..


Akanku telan segalanya walaupun PAHIT :') Kadang-kala pernah juga aku terjatuh dengan kata-kata manusia . ya aku mengaku , dulu memang aku tak kuat nak harungi semua ni . Aku tak sanggup melihat air mata yang menetes dipipi orang yang aku sayang . Kenapa manusia begitu kejam ? Bila kami buat salah sikit , mengata , mencaci . Tapi , bila kami diam . Sama juga . Kenapa panas hati sangat ? Setan banyak ke dalam badan ? Selama ni aku hanya pekakkan telinga aje . Aku besabar je selama ni . Kalau kesabaran aku dah lama hilang memang .. Huh ! Tapi , aku tak boleh menyalahkan takdir juga . Allah dah menetukan jalan hidup ini . Aku kena kuat , tabah dan bersabar dengan perangai manusia diluar sana . ya Allah , kuatkanlah aku dan keluarga .. Aaminn :*

" Disetiap KEPAHITAN , akan ada juga KEMANISAN-nya "

" Hati , ku mohon kau tabah .
  Bukan untuk hari ini sahaja .
  Tapi , untuk selamanya :') "
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 11 March 2016

Strong.

                                                           Bismillahirahmanirahim.

  Assalamualaikum ,

Hm , pembaca blogger sihat ? Time tulis tajuk ni memang frust gila because nak buat ayat baik punya ! Lagipun update yang lama-lama tu .. macam ergh >< Okay ! Hope korang enjoy baca tajuk ni ! Let's begin !

                                                - It's not a life if without a challenge -

Maksudnya ( ia bukan kehidupan kalau tiada cabaran ) So , yang nak dikupaskan dalam tajuk ni pasal " Kekuatan Dalam Menghadapi Cabaran " . Setiap manusia mesti ada ujian dalam LIFE . Bukan mesti , Wajib ! Tapi , ada yang cakap macam ni :

" Eh ! Bahagia je hidup aku . Takde ape-ape ujian pun ! Life happy je . Syarikat , perniagaan maju je ! Sedap-sedap je tuduh "

Bukan menuduh ye . Memanglah ada manusia yang Allah tak bagi lagi ujian . Cuma LAMBAT . Selalunya Allah nak uj je orang yang macam aku cakap dekat atas tu , sama ada dia Bersyukur atau tak dengan nikmat yang Allah bagi . Suatu hari nanti  , dia akan terima jugak ujian dari Allah . Aku ulang " CUMA LAMBAT " sahaja !

Sometimes , ada yang merungut !

" Aduh ! ujian ape ni ? Benci ah ! Serabut aku ! "

" Hm , aku tak mampu la nak harunginya . Aku tak kuat "

Kita ni kalau Allah turunkan ujian , jangan merungut and down terus ! Kita cuba hadapinya . Minta bantuan Allah bagi kekuatan dekat korang ! Aku ni memang pandai nasihatkan orang . Tapi , masalah sendiri tak reti nak settelkan >< Huhu . Teruk ! Entahlah weh ! Aku ni memang suka sangat dengar problem orang , nasihatkan orang and bagi semangat . Hm .. Kalau pembaca-pembaca blogku ada problem , tak tahu nak selesaikan macam mana , luahkanlah dekat comment or chatbox . Sentiasa berkhidmat umtuk anda ! Inshaa Allah :) acececeh !

Urm , jauh pulak aku merapu >< Aku pun selalu la jugak terima ujian . Pasal kawan , pasal family , pasal perjalanan aku nak berubah . Mula-mula tu memang rasa down sesangat ! Rasa nak give up terus . Sampaikan terlintas dalam fikiran , aku nak terus jadi jahat , nak terus dalam dunia jahiliah yang bergelumang dengan dosa ! Nauzubillahhiminzalik ! Teruk kan ? Huh ! But , story lama .. Nasib baik masih ada orang yang percayakan aku , bagi semangat supaya aku tak give up and down terus-terusan .

Aku ni tak putus-putus berdoa kepada Allah minta bantuan and kekuatan . Alhamdulillah Allah tolong aku kuat sampai sekarang . Biar orang caci , hina , dapat surat layang , mengumpat and cakap belakang sekalipun . Kau endahkan je ! Move on ! Doa banyak-banyak dan cuba harunginya . Jangan terus berputus asa ! Tu memang silap besar beb ! Kau patut start dari awal balik .

Jujur aku cakap , aku paling tak suka bila ada orang tak cuba harungi sesuatu ujian tapi dia cakap tak boleh ! Come on la . Tu salah satu orang yang tak kuat dalam menghadapi cabaran ! Sampai bila nak duduk bawah tempurung beb ? Pana je . Asyik-asyik nak larikan diri ! Orang lain dah sampai Mekah kau baru nak tangkap gambar nak buat passport .

Try dulu wahai kawan-kawanku yang bijak sekalian .. macam mana kita nak tahu yang diri ini profesional ke tak untuk mempertahankan kekuatan diri sepanjang nak settelkan masalah . Huh ! Kesmpulannya , Setiap manusia harus bertahan dalam mengharungi sesuatu cabaran sampai ke akhir peperangan ! Kalau dia mengalah dalam peperangan itu , dia seorang yang sangat lemah !

Take a note babe :* Wallahu a'lam , Assalamualikum :')
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen